Cash Advance Kad Kredit: Kos Tersembunyi

Cash advance / “keluar duit kad kredit” di ATM atau kaunter biasanya dikenakan fi + kadar faedah dari hari pengeluaran (tiada tempoh tanpa faedah seperti belanja retail). Baca PDS kad anda. Angka berbeza mengikut bank.

Bila orang melakukannya

Kecemasan tunai, bil, atau tutup pinjaman lain. Kerap kali pinjaman peribadi atau berunding dengan bank lebih murah. Bandingkan kad vs pinjaman.

Alternatif

  1. Pinjaman peribadi dengan jadual tetap.
  2. Pindahan baki / pelan ansuran kad (jika bank tawarkan). Baca syarat.
  3. Jika sudah terperangkap, AKPK.

Ringkas

Cash advance = hutang mahal. Elak kecuali kecemasan benar; kira fi dulu.