Pinjaman peribadi: kadar dan jadual ansuran setiap bank

Jadual di bawah menyenaraikan kadar pinjaman peribadi 14 bank di Malaysia, dibaca terus daripada laman rasmi setiap bank dan bertarikh. Jika sesuatu bank tidak menerbitkan kadar secara terbuka, kami tidak meneka. Halaman bank berkenaan menyatakan itu dengan jelas.

Kebanyakan pinjaman peribadi di Malaysia masih guna kadar rata (flat rate) pada 2026, tetapi Bank Negara Malaysia sudah mengesahkan dasar untuk menamatkan kaedah ini mulai 1 Januari 2027. Baca kadar rata vs baki berkurangan untuk faham kesannya pada pinjaman anda.

BankProdukKadar terendahDisemak
Affin BankAFFIN Islamic Pembiayaan Peribadi-i Sebut harga2026-09-23
AgrobankAgroCash-i 5%2026-09-23
Alliance BankCashFirst Personal Loan 4.99%2026-09-23
AmBankPembiayaan Peribadi-i (Biro Perkhidmatan ANGKASA) 3.45%2026-09-23
Bank IslamPembiayaan Peribadi-i (Pakej Kerajaan, Takaful) 2.72%2026-09-23
Bank MuamalatPersonal Financing-i / Cash-i SMART 2.77%2026-09-23
Bank RakyatPersonal Financing-i 3.42%2026-09-23
BSNBSN MyRinggit-i (Sektor Awam) 4.6%2026-09-23
CIMBPembiayaan Peribadi Awam-i / Cash Plus Personal Loan 3.5%2026-09-23
Hong Leong BankPersonal Loan / Pembiayaan Peribadi-i 8.5%2026-09-23
MaybankPersonal Loan / Islamic Personal Financing-i 6.5%2026-09-24
MBSB BankAfdhal Personal Financing-i 3.72%2026-09-23
Public Islamic BankBAE AG Personal Financing-i Sebut harga2026-09-24
RHBPersonal Financing-i 2.63%2026-09-23

Panduan

Kalkulator ansuran dan DSR